Thursday, June 13, 2024
HomeBERITAJHEAT tetapkan syarat tatacara majlis akad nikah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

JHEAT tetapkan syarat tatacara majlis akad nikah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) mengeluarkan peraturan tatacara majlis akad nikah di negeri Terengganu sepanjang tempoh kawalan pergerakan yang diumumkan kerajaan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020.

Majlis yang diadakan sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan ini hendaklah dilangsungkan dengan beberapa syarat.

Antara syarat yang ditetapkan, majlis dijalankan di premis persendirian dan elak dilangsungkan di tempat awam contohnya masjid, surau atau seumpamanya.

Selain itu, majlis terbabit hanya dihadiri oleh seorang wali, seorang jurunikah, empat orang saksi, pengantin lelaki dan pengantin perempuan sahaja.

Perjalanan majlis akad nikah juga tidak boleh melebihi 20 minit dan perlu sediakan “hand sanitizer” di majlis berkenaan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments