Wednesday, June 12, 2024
HomeBERITAJenazah suami isteri warga emas dikebumi dalam satu liang lahad

Jenazah suami isteri warga emas dikebumi dalam satu liang lahad

Di Sungai Penchala, jenazah pasangan suami isteri yang maut dibunuh anak lelaki semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Penchala.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham Agus Omar, 82 dan Allahyarham Darlisma Nyatu Salleh, 72 dibawa ke Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah untuk disolatkan.

Kira-kira 100 orang terdiri daripada ahli keluarga dan penduduk setempat hadir.

Jenazah pasangan berkenaan dikebumikan dalam satu liang lahad.

Semalam, The Malaya Post melaporkan pasangan warga emas itu ditemui maut dibunuh anak lelakinya dengan mayat kedua-dua mangsa terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah mereka.

Sebelum kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam itu, suspek lelaki berusia 42 tahun itu dipercayai bertengkar dengan ibu bapanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid dilaporkan berkata, selepas membunuh ibu dan bapanya, suspek dipercayai melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran kediaman mereka.

Suspek berjaya ditahan pada jam 10.30 malam di bawah terowong Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Hasil semakan mendapati suspek memiliki sembilan rekod kes jenayah dadah sejak Januari 2016 hingga November lalu.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments