Friday, October 4, 2024
HomeBERITAJCM Berkabolarasi dengan Tourism Perak

JCM Berkabolarasi dengan Tourism Perak

Program “Jom Cuci Masjid” (JCM) 2.0 siri ke-52, meneruskan aktiviti kemasyarakatannya apabila kali ini memilih

Masjid Muhammadiah atau lebih dikenali sebagai Masjid Cina, di Taman Tasek Jaya, Ipoh, Perak.

Program kali ini lebih meriah apabila Persatuan JCM bekerjasama dengan Tourism Perak, menjalankan aktivitinya.

Seperti kelaziman, peserta JCM sudah berkumpul seawal 8 pagi di Masjid Muhammadiah, di Ipoh, Perak.

Peserta kemudian bersarapan menu istimewa, “Chee Cheong Fun Ipoh Mali”.

Selesai membahagikan tugasan, kerja membersih Masjid Muhammadiah, bermula.

Diikuti, persiapan menyambut ketibaan konvoi “Mosque Trail Ukhwah Ride” diiringi polis trafik.

Selepas itu, mereka mula menjalankan aktiviti dengan mengelap pintu masuk utama masjid.

Turut dibersihkan, karpet di dalam Dewan solat masjid.

Selepas itu, aktiviti tetap, “Bicara Santai” dikendalikan oleh Ustaz Hanafiah Abdul Malek.

Beliau yang juge Penasihat Sifu Bikerz, ditemani tetamu undangan, Ustaz Hafiz Ng, yang juga Timbalan Pengerusi masjid ini.

“Alhamdulillah, sambutan di sini sangat baik. Kami berbesar hati apabila, rakan dari Kuala Lumpur sanggup datang, kata Ustaz Hanafiah.

Menurut Mohd Fauzan Baharudin, Pegawai Eksekutif Bahagian Pembangunan Tourism Perak, ini kali pertama mereka bekerjasama dengan JCM.

“Insyaallah, kami akan terus bersama JCM, kami lihat program ini sangat baik dan bermanafaat.”

Di penghujung program, turut diadakan penyerahan beras dan barang keperluan asas sumbangan Pertubuhan Kebajikan RichWell kepada komuniti asnaf kariah.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments