Saturday, July 13, 2024
HomeBERITA'Jasa dan khidmat bakti beliau kepada UMNO, negara sama sekali tidak boleh...

‘Jasa dan khidmat bakti beliau kepada UMNO, negara sama sekali tidak boleh dinafikan’ – Tok Det

PUTRAJAYA, 23 Ogos – Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Seri Mahdzir Khalid hari ini meluahkan rasa amat simpati terhadap Dato’ Sri Mohd Najib Razak dan seluruh ahli keluarganya.

Menurut Dato’ Seri Mahdzir dalam satu ciapan di Twitter, sebagai rakan seperjuangan dalam UMNO, apa sekalipun yang berlaku, jasa dan khidmat bakti beliau kepada UMNO dan negara sebelum ini, sama sekali tidak boleh dinafikan.

Dalam ciapan sama, beliau turut menulis satu frasa dalam Bahasa Inggeris bermaksud keadilan tergesa-gesa adalah keadilan yang dikuburkan.

Terdahulu Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapi bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Razak dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas selesai mendengar hujahan dan permohonan yang dikemukakan sepanjang rayuan akhir bermula sejak minggu lalu.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments