Friday, November 20, 2026
HomeBERITAJari kaki terpaksa dibuang, Bad Indigo mohon orang ramai mendoakan proses pembedahan...

Jari kaki terpaksa dibuang, Bad Indigo mohon orang ramai mendoakan proses pembedahan berjalan lancar

Salah seorang anggota kumpulan Indigo, Badrul Izhan Yeop atau Bad dilaporkan akan menjalani pembedahan bagi membuang jari kaki disebabkan luka dari penyakit diabetis dan kini berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Bad meminta orang ramai mendoakannya agar proses pembedahan kakinya berjalan lancar selain mengharapkan agar luka yang dialami segera sembuh seperti sedia kala.

“Assalamualaikum semua, minta doakan pembedahan kaki saya akan berjalan lancar dan luka akan sembuh dengan segera.

Minta doa ya, terima kasih semua,” katanya yang juga ahli kumpulan Indigo ini.

Bekas peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) ini turut menulis kapsyen mengucapkan penghargaan dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan termasuk ahli keluarga.

“Doa2 kalian amatlah saya hargai. Tq semua. Terima kasih kepada isteri tercinta @ashiraaziz , anak2 kami, mak n keluarga saya, mertua n ipar duai saya yg selalu mendoakan n terus memberi semangat,” tulisnya.

Di ruangan komen, rakan artis dan para peminat menitipkan kata positif buat Bad selain berdoa agar masalah kesihatan yang dialami kembali pulih.

Untuk rekod, penyanyi Ashira Aziz, 36, dan pasangannya, Bad, 46, dari kumpulan Indigo melangsungkan pernikahan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, 11 Mac lalu.

Warga portal The Malaya Post mendoakan agar Abang Bad segera sembuh dan dipermudahkan urusan????????

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments