Saturday, June 22, 2024
HomeBERITAJangan ziarah bekas pesakit COVID-19

Jangan ziarah bekas pesakit COVID-19

Jika di antara kita mempunyai kenalan dengan bekas pesakit COVID-19, disarankan agar memberi ruang kepada mereka menjalani proses kuarantin wajib selama 14 hari demi menjamin kesihatan bersama terutamanya ketika menjelang perayaan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Majlis Keselamatan Negara (MKN), Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan agar pesakit COVID-19 yang sudah discaj dari hospital tidak digalakkan menerima pelawat ketika menjalani proses kuarantin di rumah.

JANGAN ZIARAH BEKAS PESAKIT COVID19 YANG MENJALANI KUARANTIN PADA HARI RAYAIni demi menjaga keselamatan semua pihak…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Senin, 18 Mei 2020

Setakat ini, jumlah kes positif secara keseluruhan adalah sebanyak 6,941 kes dan daripada jumlah itu sebanyak 5,615 kes telah sembuh dan discaj dari wad.

Tambahan pula, sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan pada 4 Mei lalu, kes positif COVID-19 secara harian mencatatkan pada paras dua angka dan bagi mengekalkan trend terbabit, Dato’ Dr Noor Hisham menyeru masyarakat agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Masyarakat juga disarankan menyambut Aidilfitri secara luar dari kelaziman termasuk tiada amalan menziarahi kubur dan begitu juga budaya kunjung mengunjungi tidak dibenarkan sama sekali memandangkan virus maut ini masih ‘berlegar’ di dalam komuniti.

Tinjauan MKN juga melaporkan 74 peratus masyarakat hanya mahu beraya bersama ahli keluarga di rumah tanpa perlu menerima tetamu luar dari anggota keluarga lain mahupun jiran tetangga.

Perkembagan ini disambut baik oleh Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pihak kerajaan juga telah meletakkan beberapa arahan untuk dipatuhi demi menjaga keselamatan semua.

Maka dengan itu, jadilah rakyat yang prihatin, usahlah kita membebani petugas barisan hadapan dengan peningkatan kes positif akibat daripada sikap pentingkan diri sendiri dengan melanggar SOP yang telah ditetapkan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments