Friday, June 14, 2024
HomeBERITAJangan panik! Stok beras negara mencukupi

Jangan panik! Stok beras negara mencukupi

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Dato’ Seri Dr Ronald Kiandee menafikan laporan media yang menyatakan bahawa jumlah stok beras negara hanya mampu bertahan selama 2.5 bulan.

Memetik kenyataan media, beliau berkata kedudukan semasa stok beras dalam negara adalah stabil, terkawal dan konsisten.

“Stok semasa beras tempatan yang berada di peringkat kilang, pemborong dan peruncit adalah sebanyak 523,000 tan metrik dan ini tidak mengambil kira stok pengeluaran beras tempatan dan beras import yang berada dalam negara.

“Buat masa ini, import beras juga tidak terjejas dan berjalan seperti sedia kala. Selain negara Vietnam, beras turut diimport dari negara-negara pengeluar lain seperti Thailand, Pakistan, Myanmar, India, Cambodia dan lain-lain. Syarikat Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) juga diarahkan oleh Kerajaan untuk memastikan dan mempertingkatkan bekalan beras import dalam negara. Walau bagaimanapun, kebergantungan kepada beras import hanya 30% daripada keseluruhan keperluan dalam negara.

“Jumlah stok semasa beras dengan mengambil kira pengeluaran tempatan dan import adalah stabil, terkawal dan konsisten bagi menampung keperluan dalam negara yang berterusan.

Beliau menambah, kementerian juga akan terus memantau bagi memastikan bekalan beras sentiasa mencukupi untuk menampung keperluan bulanan negara sebanyak 200,000 tan metrik.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak panik dan gusar dengan stok beras dalam negara.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceMKN
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments