Jangan nangis jangan sedih, mak ok! Ibu Fauziah Nawi titip pesanan buat warga Malaysia sambut Aidilfitri

0

Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini sungguh berbeza dengan norma baharu yang perlu dipraktikkan oleh seluruh warga Malaysia.

Inilah kali pertama kita menyambutnya dalam tempoh pelaksanaan arahan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) bertujuan mengekang penularan dan seterusnya memutuskan rantaian virus COVID-19.

Pasti ramai yang bersedih kerana tidak dapat berkumpul bersama-sama keluarga dan sanak saudara menyambut lebaran kali ini.

Mengambil nasihat pengarah dan juga pelakon senior melalui platform media sosial Instagramnya @fauziahnawi atau mesra dipanggil ibu berharap agar semua jangan bersedih dan redha menerimanya”.

Melalui perkongsian video, beliau berkata sudah bertahun-tahun kita menyambut Aidilfitri bersama.

Cuma sekali ini kita perlulah dengar dan patuhi arahan kerajaan.

Menurut ibu, keselamatan nyawa yang perlu difikirkan buat masa ini berbanding sambutan Aidilfitri. Jika sayangkan nyawa, perlu redha dan berkorban.

Patuhi arahan penjarakkan sosial demi keselamatan diri dan mereka yang tersayang.

Jaga kebersihan diri dengan sentiasa mencuci tangan.

Semoga pandemik ini dapat dihapuskan dan keadaan akan kembali seperti sediakala.

Jika dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki, semoga kita dapat berjumpa lagi.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf zahir dan batin dari ibu.

.. Jangan nangis jangan sedih..
.. Mak ok.. 😢

https://www.instagram.com/p/CAaEm_oAW1Y/?igshid=zpq2mox2nahd

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply