Thursday, May 16, 2024
HomeBERITA"Jangan meniup pipit, tapi sita (burung) semakin lari" pesan Annuar Musa kepada...

“Jangan meniup pipit, tapi sita (burung) semakin lari” pesan Annuar Musa kepada Wan Saiful

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Rakyat tidak suka bila pemimpin dilihat tidak habis-habis bercakap tentang jawatan tanpa mengira ketika dan keadaan.

Sebaliknya jelas Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa, adalah lebih afdal jika waktu sekarang digunakan untuk mencari penyelesaian terhadap masalah rakyat daripada dijadikan medan untuk menekan dan menuntut sesuatu yang tidak dialu-alukan oleh rakyat.

“Memang benar, ia bukan satu kesalahan, tetapi wajarkah soal kedudukan dan jawatan dibangkitkan ketika rakyat sedang bergelut untuk hidup berikutan kenaikan kos dan tekanan inflasi yang perlu diurus dan diberi keutamaan oleh kerajaan?

“Saya percaya pertemuan antara pemimpin sering dan akan sentiasa diadakan. Dalam keadaan sekarang ini ia akan menjadi sangat afdal jika digunakan untuk mencari penyelesaian terhadap masalah-masalah rakyat daripada dijadikan medan untuk menekan dan menuntut sesuatu yang tidak dialu-alukan oleh rakyat,” katanya di Facebook.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Penerangan Perikatan Nasional, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang mendakwa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob ‘menipu’ berhubung kenyataan dia sudah mengadakan pertemuan bersama pimpinan PN, dua minggu lalu.

Dalam kenyataan sama Datuk Wan Saiful turut berkata pertemuan pimpinan PN dengan Perdana Menteri langsung tidak membantu partinya malah lebih merosakkan imej beliau dan imej PPBM.

Mengulas lanjut, Tan Sri Annuar percaya PM mungkin mempunyai sebab tersendiri kenapa beliau tidak mahu membesar-besarkan soal perjumpaan.

“Harus diingat tiga daripada empat yang dikatakan wakil PPBM (DS Hamzah Zainudin, DS Azmin Ali, DS Takiyuddin Hassan, DS Samsuri) adalah anggota jemaah menteri yang setiap minggu berjumpa dan bersama Perdana Menteri. Justeru pertemuan bukanlah sesuatu yang terlalu sulit dan perlu dihebohkan dalam media.

“Pengerusi PN, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berjumpa Perdana Menteri baru-baru ini tanpa sebarang publisiti. Itulah sebaiknya,” katanya.

Tambah beliau dalam politik, bertindak secara berhemah dan penuh kebijaksanaan lebih berkesan dari semata-mata mahu di lihat berani.

Justeru katanya “Jangan meniup pipit, tapi sita (burung) semakin lari”.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments