Saturday, June 15, 2024
HomeBERITAJangan alpa walaupun kes menurun ke satu angka

Jangan alpa walaupun kes menurun ke satu angka

Jangan alpa walaupun kes COVID-19 telan menurun ke satu angka.

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan bermula esok sehingga 31 Ogos depan memberi kelegaan kepada orang ramai apabila lebih banyak kelonggaran yang dibenarkan.

Pelaksanaan PKPP menyaksikan bukan sahaja hampir kesemua sektor ekonomi kembali beroperasi, malah kegiatan sosial, pendidikan, keagamaan, dan rekreasi juga telah dibenarkan beriperasi secara berperingkat dengan pematuhan sepenuhnya terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

JANGAN ALPA WALAUPUN KES COVID19 TURUN KE SATU ANGKAKita masih belum menang. Teruskan patuhi PKPP sehingga ke…

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Monday, 8 June 2020

Antara perkara yang ditunggu ramai termasuk kebenaran merentas negeri, aktiviti pelancongan domestik, perkhidmatan gunting rambut dan salun kecantikan yang dibenarkan beroperasi bermula esok (10 Jun) selain operasi pasar malam, bazar dan gerai pasar bermula 15 Jun ini.

Ini merupakan perkhabaran gembira setelah hampir tiga bulan rakyat terpaksa menjalani kehidupan dengan kebiasaan baharu, ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) demi mengekang penularan wabak COVID-19.

Terbukti kepatuhan dan disiplin tinggi ditunjukkan oleh rakyat, selain pengorbanan para petugas barisan hadapan tidak disia-siakan dan hasilnya jumlah kes positif jangkitan COVID-19 sehingga petang kelmarin hanya mencatatkan tujuh kes sahaja dan terendah direkodkan sejak 18 Mac lalu.

Kerisauan pelbagai pihak terhadap kemungkinan wujudnya ‘Kluster Aidilfitri’ rentetan budaya kunjung-mengunjung pada Hari Raya pertama juga meleset sama sekali kerana kerjasama yang diberikan orang ramai dalam mematuhi arahan oleh kerajaan sepanjang musim perayaan.

Namun dalam kegembiraan meraikan kelonggaran yang diberikan serta kes positif COVID-19 yang semakin berkurang, pematuhan terhadap SOP perlu diteruskan dan sama sekali tidak boleh berkrompomi jika kita mahu rantaian jangkitan wabak ini mampu diputuskan.

Malaysia boleh memutuskan kadar jangkitan COVID-19 tanpa penggunaan vaksin, sekiranya rakyat terus meneruskan pematuhan tinggi terhadap SOP dan garis panduan yang ditetapkan kerajaan.

Oleh itu, dalam keterujaan menyambut kelonggaran PKPP itu, teruskan komitmen dalam mematuhi SOP dan tingkatkan kawalan kendiri, kerana hanya dengan cara itu kita dapat membantu kerajaan menuju strategi keluar, sekaligus bebas daripada wabak berkenaan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments