Bermula sebagai seorang jurukimpal, pemuda berusia 25 tahun, Muhammad Hanif Hussin mampu mendapat pendapatan belasan ribu ringgit sebulan apabila mengubah haluan menceburi bidang perniagaan pemasangan kanopi yang diuruskannya setelah pemergian arwah bapa, Encik Hussin.
Pemuda yang lebih mesra disapa Hanif ketika ditemubual The Malaya Post menceritakan detik permulaan perniagaan berkenaan.
Menurut Hanif, asalnya pada tahun 2012 perniagaan ini merupakan perniagaan sampingan sahaja buat keluarganya kerana ketika itu bapanya bekerja kontrak maka sesekali bayaran yang diterima agak lambat dan setelah dipertimbangkan, bapanya memulakan perniagaan penyewaan dan pemasangan kanopi kerana ianya jelas akan mendapat bayaran segera.
Kasih A&H Canopy yang membawa maksud Kasih Aida dan Hussin melambangkan kasih sayang pertautan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi buat ahli keluarga.

Tambah Hanif, ketika berusia 17 tahun, pada awal perniagaan tempahan yang diterima agak kurang sehinggalah pada tahun 2014.
Selepas itu dia memutuskan untuk berniaga sepenuh masa sambil dibantu oleh kenalannya.
Hanif juga telah diperkenalkan dengan beberapa pembekal dan individu yang dapat memasarkan perniagaannya dengan lebih meluas.
Bermula dari itulah Kasih A&H Canopy mula dikenali ramai setelah membuat beberapa kerjasama dengan ahli katering yang terkenal di Terengganu antaranya Pozi Catering, Cikgu Ramli Catering, Kak Pah Catering dan beberapa lagi katering lain dan juga bridal yang terpilih.
“Untuk dikenali bukanlah mudah, ianya agak mengambil masa yang lama sebelum mencapai tahap sekarang”, ujar Hanif.
Assalamualaikum wbt,Buat bakal pengantin, Yang mana masih tercari2 PAKEJ untuk tahun 2020?‼️Kami ada PAKEJ TERBARU…
Dikirim oleh Kasih A&H Canopy pada Selasa, 31 Desember 2019
Disamping menyediakan sewaan dan belian kanopi, mereka juga membuat perkhidmatan sewaan, jualan, jahitan peralatan persiapan majlis dan juga sewaan peralatan katering dimana bahan jahitan akan dilakukan oleh ibunya, Puan Aida.
Menurut Hanif setakat ini dia mempunyai 3 orang pekerja tetap dan 5 orang pekerja part time yang akan membantunya jika kesuntukan masa.
Ketika disoal mengenai kawasan yang berada dalam senarai pemasangan, menurutnya setakat ini paling jauh menerima tempahan perkhidmatannya ialah di negeri Kelantan.
Manakala harga yang ditawarkan pula sangat berbaloi dimana harga pakej akan bermula RM 250 sehingga RM 900.



“Sebarang pertanyaan boleh terus ke premis perniagaan ibunya di Binjai Rendah, Marang atau Hanif akan terus ke rumah pelanggannya untuk ‘site visit’.
“Sebarang tempahan atau booking untuk hari biasa boleh dilakukan seminggu sebelum majlis namun jika musim perayaan atau cuti sekolah, pelanggan hendaklah membuat tempahan paling lewat satu bulan sebelum tarikh pemasangan,” ujarnya.
– THE MALAYA POST
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply