Saturday, July 20, 2024
HomeBERITAJambatan Gerbang di Taiwan Yilan runtuh

Jambatan Gerbang di Taiwan Yilan runtuh

Lewat petang semalam (1 Oktober 2019) dikejutkan dengan berita Jambatan Gerbang sepanjang 140 meter runtuh di Nanfangao, Taiwan Yilan, Taiwan.

Melalui rakaman CCTV di kawasan terbabit, ketika tragedi itu berlaku, kelihatan sebuah lori tangki minyak sedang merentasi jambatan dan terjunam ke dalam sungai berkenaan.

Lori itu kemudiannya terbakar dan mengeluarkan kepulan asal hitam yang tebal.

Operasi menyelamat segera dilakukan.

Laporan media menyebut, enam pekerja asing belum ditemui dan pihak berkuasa percaya mangsa terperangkap di dalam bot di bawah struktur jambatan runtuh itu.

Menurut sumber, kemalangan terbabit telah menyebabkan 3 bot pemancing turut ranap.

Menurut Taiwan’s National Fire Agency, setakat ini angka kecederaan adalah 12 orang termasuk enam warga Filipina dan tiga pemancing warga Indonesia, pemandu lori tangki minyak warga Taiwan serta dua kakitangan pegawai pantai.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments