Saturday, May 18, 2024
HomeBERITAJambangan sayuran hadiah graduan jurusan Kulinari di hari konvokesyen

Jambangan sayuran hadiah graduan jurusan Kulinari di hari konvokesyen

Ketika majlis konvokesyen berlangsung pastinya ahli keluarga dan sahabat handai akan turut sama meraikan dengan gembira dan meriah.

Bagi seorang graduan saat menggenggam skrol di pentas konvokesyen adalah saat yang dinantikan dan amat bermakna.

Kebiasaannya, usai tamat majlis istiadat konvokesyen, para graduan akan dihadiahkan sejambak bunga atau coklat tetapi lain pula kisah bagi seorang pemuda bernama Muhammad Aziq ini.

Majlis konvokesyen berlangsung di Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu pada Sabtu lalu tanpa disangka Aziq telah menerima jambangan sayur-sayuran sebagai pengganti bunga.

https://twitter.com/arz_zick/status/1182933737928937473?s=17

Menurut penuntut dalam bidang Kulinari ini, jambangan yang dihadiahkan oleh rakan baiknya itu adalah berinspirasikan daripada jambangan sayuran yang diterima oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah dalam satu program baru-baru ini.

Selain itu, graduan lain juga turut berkongsi pengalaman yang sama menerima jambangan sayuran sedemikian dan masing-masing turut memberikan cadangan pelbagai menu yang boleh dimasak mengunakan bahan-bahan berkenaan.

Warganet sangat terhibur dengan perkongsian dari @arz_zick dan menganggap idea jambangan sebegini sangat unik dan bermanfaat kepada penerima.

Antara jenis sayur yang diterima oleh Aziq ialah terung, lobak merah, kacang panjang, salad, sawi, cili merah, bunga kantan dan ubi kentang.

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments