Saturday, July 27, 2024
HomeBERITAJadilah pendengar setia kepada rakan baik anda

Jadilah pendengar setia kepada rakan baik anda

Setiap manusia mempunyai bebanan masalah dan cabaran yang berbeza dalam kehidupan.

Mengambil nasihat dari @Public Health Malaysia, sekiranya anda mendapati rakan atau kenalan mula menjauhi diri, janganlah terlalu mudah salah sangka dan terasa hati akan tindakannya.

Mungkin kenalan anda berada dalam fasa bertenang dan sedang cuba berusaha mencari jalan menyelesaikan masalah tanpa mahu diketahui ramai atas faktor tidak mahu menyusahkan orang lain.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil, ditambah pula dengan serangan virus COVID-19, pasti ramai yang terkesan dari tempoh mencabar ini.

Dilaporkan, beberapa tahun kebelakangan ini, sebilangan sektor perusahaan dan perniagaan terpaksa ditutup atau mengambil pendekatan meminimakan jumlah kakitangan.

Sudah tentu perkembangan ini memberi impak terhadap rakyat seperti hilang pekerjaan dan punca sumber pendapatan berkurang.

Malah, ada juga yang menderita penyakit kronik yang sukar untuk diubati.

Jika mampu dari segi pembiayaan, belum pasti penyakit akan kembali pulih.

Ketidakstabilan kewangan dan kesihatan membawa kepada masalah rumah tangga.

Ini merupakan salah satu punca permasalahan yang tidak dapat kita lihat dengan mata kasar.

Oleh itu sebagai tanda prihatin, tidak salah jika anda memulakan perbualan dan bertanya khabar.

Bukan niat untuk menjaga tepi kain orang, tetapi sesetengah dari kita memerlukan tempat untuk mengadu dan meluahkan perasaan.

Mungkin juga dengan mendengar masalah yang dilalui, kita mampu atau tahu bagaimana cara mendapatkan sumber untuk memberi bantuan.

Atau setidak-tidaknya, jadilah pendengar yang baik, pasti hatinya akan sedikit tenang.

Paling penting, berhenti menghukum kerana kita tidak tahu apa sebenarnya yang dialami mereka.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2633072086982647&id=1712327752390423

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments