Sunday, June 23, 2024
HomeBERITAJabatan Imigresen Malaysia buru warga Bangladesh, Rayhan Kabir

Jabatan Imigresen Malaysia buru warga Bangladesh, Rayhan Kabir

Susulan laporan berita agensi asing, Al Jazeera yang mendakwa Malaysia melakukan diskriminasi terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) menerusi temu bual eksklusif bersama seorang warga Bangladesh yang dikenali sebagai Rayhan Kabir, Jabatan Imigresen Malaysia kini sedang mencari individu terbabit bagi membantu siasatan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Memetik kenyataan media, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon orang ramai membantu memberi maklumat seorang lelaki warganegara Bangladesh bernama Md Rayhan Kabir dengan nombor pasport BW0974403.

Individu berkenaan berumur 25 tahun dan alamat terakhir beliau adalah di Sirhan Legacy Sdn Bhd B-7-9 Menara Uncang Emas, No 85 Jalan Loke Yew 55200, Kuala Lumpur.

KENYATAAN MEDIAJABATAN IMIGRESEN MALAYSIA16 ZULKAEDAH 1441H / 07 JULAI 2020ORANG DIKEHENDAKI JABATAN IMIGRESEN…

Posted by Jabatan Imigresen Malaysia on Monday, 6 July 2020

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dipohon supaya dapat menghubungi terus Penolong Pengarah Imigresen (PPI) Nurulmasha Nazlinan Bin Hussin, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya di talian 03-88801298 / 1294 pada waktu pejabat dan Bilik Gerakan 03-88801555 selepas waktu pejabat.

#imigresen #jim #covid19 #penjarakansosial #kitajagakita #kitamestimenang #staysafe

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments