Monday, May 20, 2024
HomeBERITAITU perlu segera tambah baik ketersambungan sejagat, jurang digital

ITU perlu segera tambah baik ketersambungan sejagat, jurang digital

BUCHAREST, 28 September – Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) mempunyai peranan penting dalam menambah baik ketersambungan sejagat dan mengurangkan jurang digital, dengan kadar segera.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, ITU perlu merapatkan jurang dalam kalangan negara anggota dan serantau.

Ini berikutan terdapat hampir tiga bilion orang di seluruh dunia yang tidak mempunyai peluang untuk berhubung.

“Sebagai contoh negara yang lebih miskin atau membangun akan menghadapi masalah lebih besar dengan kemajuan teknologi, melainkan negara itu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi. Rakyat di negara itu tidak akan mendapat hak terhadap teknologi. Jadi, saya fikir ITU akan berhadapan cabaran besar bagi memastikan semua negara boleh berhubung, semua orang mendapat akses yang sama kepada ketersambungan,” katanya.

Tan Sri Annuar berkata demikian dalam temu bual eksklusif bersama ecopoliticnews.com, di luar acara Persidangan Plenipotensiari ITU 2022 (ITU PP22) di Bucharest, Romania.

Tambahnya, ketersambungan kini menjadi sebahagian daripada hak asasi manusia bagi Malaysia.

“Semua aktiviti ekonomi dipengaruhi oleh sama ada anda mempunyai akses kepada Internet yang baik dan mampu milik atau tidak, jadi ia menjadi sesuatu yang asas seperti mempunyai (bekalan) air atau elektrik,” katanya.

Dalam hal ini, beliau berkata ITU perlu terlibat dengan negara anggota dan menawarkan bantuan untuk memastikan negara membangun tidak ketinggalan dalam mendapatkan kebolehcapaian dan peluang untuk mereka berhubung.

ITU ditubuhkan lebih 150 tahun dahulu, ialah organisasi antara kerajaan yang objektif utamanya ialah menyelaras penggunaan spektrum radio yang selamat di peringkat global dan menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam penugasan orbit satelit.

Selain itu bagi menambah baik infrastruktur komunikasi di negara membangun dan mewujudkan standard seluruh dunia untuk menggalakkan saling hubungan yang lancar bagi pelbagai sistem komunikasi.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments