Friday, July 19, 2024
HomeBERITAIstana Buckingham siar foto pusara Ratu Elizabeth II untuk tatapan umum

Istana Buckingham siar foto pusara Ratu Elizabeth II untuk tatapan umum

London, 26 September – Istana Buckingham menyiarkan satu foto menunjukkan pusara Ratu Elizabeth II di makam diraja di Istana Windsor.

Lapor media, foto itu memaparkan batu lejar mengandungi nama baginda dan ibu bapanya serta suaminya Putera Philip.

Batu itu, diperbuat daripada marmar hitam Belgium, di King George VI Memorial Chapel, DI gereja kecil, St George’s Chapel di Istana Windsor.

Sebelum ini, ia menempatkan jasad bapa dan ibu baginda iaitu, George VI dan Elizabeth.

Ratu dikebumikan di sana bersama-sama ibu bapa dan suaminya, selepas istiadat pengebumian negara di Westminister Abbey, Isnin lalu.

Tulisan pada batu itu memaparkan George VI 1895-1952 / Elizabeth 1900-2002 pada dua baris atas, diikuti dengan bintang garter diikuti Elizabeth II 1926-2022 / Philip 1921-2021 pada dua baris bawah.

Turut dikebumikan di gereja di Istana Windsor di barat London adalah Kakak Ratu Elizabeth, Puteri Margaret.

Elizabeth meninggal dunia di kediaman musim panasnya di tanah tinggi Scotland, Istana Balmoral, 8 September lalu selepas 70 tahun bertakhta.

Selepas kemangkatan Baginda, anaknya Putera Charles menaiki takhta dengan membawa gelaran Raja Charles III.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments