Israel membedil kawasan kumpulan pejuang Islam di Gaza, hari ini, menerusi serangan udara sebagai tindak balas susulan pelepasan belon api dari wilayah Palestin.
Ia menjadikan ia pergolakan terbaru sejak gencatan senjata bagi mengakhiri konflik pada Mei lalu.
Sumber keselamatan Hamas berkata, serangan itu menyasarkan kawasan latihannya namun tiada kecederaan dilaporkan.
Kenyataan dari tentera Israel pula berkata, serangan itu sebagai tindak balas terhadap belom api ke wilayah Israel hari ini, jet pejuang (tentera) menyerang… sebuah tapak penghasilan senjata milik organisasi Hamas”.
Semalam, perkhidmatan bomba Israel berkata, balon api yang dilancarkan dari Gaza mencetuskan kebakaran kecil di wilayah selatan Eshkol, dekat sempadan Gaza.
Dalam satu kenyataan, bomba berkata, kebakaran yang berlaku kecil dan tidak berbahaya serta ia dipadamkan dengan cepat.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply