Saturday, July 13, 2024
HomeBERITAIran mengaku tersilap tembak pesawat Ukraine

Iran mengaku tersilap tembak pesawat Ukraine

TEHRAN : Iran akhirnya mengakui menembak pesawat komersial Ukraine selepas didapati terbang berdekatan tapak ketenteraan milik Pengawal Revolusi negara itu.

Tentera Iran dalam satu kenyataan menerusi televisyen negara itu berkata, pesawat itu ditembak tanpa sengaja atas faktor kesilapan manusia.

Pesawat Ukraine International Airlines dilaporkan terhempas berhampiran lapangan terbang antarabangsa di Tehran.

Seramai 176 orang, termasuk 63 warganegara Kanada dan 11 rakyat Ukraine, terbunuh apabila pesawat itu jatuh sejurus berlepas pada hari Rabu yang lalu dan dalam perjalanan ke Kiev.

Terdahulu, Iran menafikan kenyataan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau yang memberitahu Kanada mempunyai info dan risikan dari pelbagai sumber yang menunjukkan bahawa kapal terbang Ukraine yang terhempas di luar Tehran kerana kesilapan tembakan oleh tentera Iran.

Dipercayai insiden itu berlaku ketika Iran melancarkan peluru berpandu ke pengkalan perumahan tentera Amerika Syarikat di Iraq.

Serangan itu sebagai tindak balas Iran terhadap Amerika Syarikat (AS) susulan pembunuhan jeneral tertinggi Iran, Jeneral Qassem Soleimani.

Soleimani terbunuh dalam serangan dron AS berdekatan lapangan terbang antarabangsa di Baghdad.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments