Instafamous dipenjara lima hari selepas panjat Piramid Giza

0

Seorang instafamous dipenjara lima hari gara-gara memanjat Piramid Giza dan berkongsi gambarnya di media sosial.

Dia yang turut aktif dan terkenal sebagai youtuber, Vitaly Zdorovetskiy dirakam memanjat piramid sebelum memuat naik gambar kakinya untuk tatapan pengikutnya di Instagram, lapor Daily Star.

Bagaimanapun, kini Zdorovetskiy dipenjara hampir seminggu akibat perbuatannya itu namun Zdorovetskiy memberitahu dia tidak pernah menyesal dengan perbuatannya itu.

“Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan apa yang saya lalui selama lima hari lalu. Saya suka Mesir dan ingin memanjat Piramid Giza.

“Saya melihat perkara-perkara yang mengerikan dan saya tidak mahu perkara itu terjadi kepada sesiapa.

“Saya juga sudah banyak kali dimasukkan ke dalam penjara tetapi kali ini paling teruk.

“Saya lakukan atas tujuan yang baik dan akan berkongsi video tidak lama lagi supaya seluruh dunia boleh melihatnya,” katanya.

Terdahulu, Zdorovetskiy pernah menimbulkan kontroversi dengan memanjat papan tanda Hollywood dan meluru masuk ke gelanggang bola keranjang pada aksi final NBA.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply