Saturday, June 22, 2024
HomeBERITAIngkar SOP PKP, 182 individu ditahan

Ingkar SOP PKP, 182 individu ditahan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 182 individu ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Daripada jumlah terbabit, 18 individu telah direman manakala dua individu dijamin dan 162 dikenakan kompaun.

Antara kesalahan ingkar PKP adalah termasuk aktiviti karaoke tanpa lesen, aktiviti ingkar SOP, tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan social di tempat yang sesak  dan melanggar perintah kuarantin.

Dalam pada itu, PDRM telah melaksanakan 67,113 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam (11 Januari).

Kira-kira 4,814 pasukan pematuhan melibatkan 17,174 anggota telah membuat pemantauan membabitkan 4,139 pasaraya, 5,835 restoran , 1,812 penjaja, 1,802 kilang, 3,944 bank dan 966 pejabat kerajaan.

Malah 1,210 terminal pengangkutan darat , 248 terminal pengangkutan air serta 108 terminal pengangkutan udara turut dipantau.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceMKN
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments