Friday, July 19, 2024
HomeBERITAIngin kongsi pahala bersama orang ramai, Dato’ Rizalman Ibrahim tubuh Yayasan RI

Ingin kongsi pahala bersama orang ramai, Dato’ Rizalman Ibrahim tubuh Yayasan RI

Pereka fesyen terkenal negara, Dato’ Rizalman Ibrahim mengumumkan penubuhan Yayasan RI yang juga merupakan ilham beliau sendiri selaku pengasas yayasan terbabit.

Dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di laman media sosial miliknya, beliau berkata penubuhan Yayasan RI merupakan signifikasi amalan bersedekah yang acap kali dipraktikkan dalam kehidupan seharian beliau.

“Dengan niat untuk berkongsi pahala bersama orang ramai, satu platform dana khalayak yang dikenali sebagai jariah telah diperkenalkan bagi memperolehi dana atau sumbangan untuk tujuan pembinaan masjid dan pemberian sumbangan kepada pihak-pihak yang memerlukan seperti sekolah tahfiz, rumah kebajikan dan sebagainya.

“Yayasan RI dilahirkan sebagai satu mekanisme yang bertindak untuk mempergiatkan dan melapangkan usaha bersedekah dan pada masa yang sama menjadi tonggak untuk meningkatkan taraf hidup lapisan masyarakat sejagat,” ujar beliau.

Penubuhan Yayasan RI mempunyai pendekatan yang sedikit berbeza di mana objektif utama Yayasan RI menumpukan pengajian Kitab suci Al-Quran melalui penubuhan Pusat Pengajian Al-Quran Darul Al-Qari serta cawangan-cawangan Al-Qari untuk menzahirkan kemuliaan Islam sementelah membentuk komuniti Islam yang progresif.

Selain itu, yayasan berkenaan turut menawarkan bantuan kemanusiaan, bencana serta memperbaiki taraf hidup manusia disebabkan kemiskinan, bencana alam, kuasa Tuhan atau apa-apa sebab lain dengan memperuntukkan keperluan asas, pendidikan, perubatan atau apa-apa bentuk sokongan yang diperlukan dan untuk menyertai projek-projek atau rancangan dalam melaksanakan program-program berkaitan bagi tujuan memperbaiki taraf hidup masyarakat dan kesejahteraan komuniti sejagat.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments