Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAIngat transaksi wang tidak berjaya, rupanya duit Sheila Abdull dikebas seorang wanita

Ingat transaksi wang tidak berjaya, rupanya duit Sheila Abdull dikebas seorang wanita

Penyanyi Sheila Abdull yang pernah popular dengan lagu Mungkinkah dan Lepaskanlah sekitar tahun 2008 mengalami kerugian apabila wang tunai yang dikeluarkan menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) diambil oleh seorang wanita.

Ibu kepada seorang cahayamata itu dalam perkongsian di laman media sosial Instagram peribadinya mempertontonkan rakaman video tersembunyi (CCTV) akan insiden yang berlaku dua hari lalu (12 Januari), jam 2.30 petang bertempat di Evonsave Alam Jaya, Puncak Alam.

Menerusi rakaman terbabit, Sheila ditemani suami dan anaknya sedang mengeluarkan sejumlah wang dari mesin ATM.

Oleh kerana pengeluaran wang mengambil masa yang agak lama, Sheila beranggapan transaksi tidak berjaya dan meninggalkan mesin terbabit.

Tidak beberapa ketika dia berlalu pergi, pengeluaran wang berlaku dan telah dilihat oleh seorang wanita yang kebetulan melintasi mesin berkenaan.

“Saya hanya jarak beberapa tapak sahaja dari awak waktu awak nampak duit yang tertinggal di mesin ATM itu.

“Apa salahnya kalau awak panggil saya dan pulangkan duit berkenaan, walaupun jumlahnya tidaklah terlalu besar,” kata Sheila kesal.

Menurut Sheila, dia telah membuat laporan polis dan sedang mempertimbangkan tindakan yang akan diambil jika wanita berkenaan enggan memohon maaf dan memulangkan semula wangnya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments