Saturday, May 11, 2024
HomeBERITASEJARAHInfo Peristiwa : Letupan landasan keretapi oleh pengganas PKM

Info Peristiwa : Letupan landasan keretapi oleh pengganas PKM

Pada 12 April 1956, sebuah landasan kereta api di Tapah, Perak telah diletupkan oleh pengganas Parti Komunis Malaya (PKM).

Letupan itu menyebabkan kepala sebuah kereta api bersama lapan gerabak barang yang sedang melalui landasan tersebut tergelincir.

Pihak PKM telah menggunakan dinamit untuk meletupkan landasan tersebut dan ia merupakan kejadian kegelinciran kereta api paling dahsyat dalam sejarah darurat negara.

Meskipun tiada kehilangan jiwa dan hanya tiga individu dilaporkan cedera, namun negara terpaksa menanggung kerugian lebih RM100,000 atas segala kerosakan yang berlaku.

Tindakan PKM itu sebagai sabotaj bagi melemahkan sistem ekonomi dan perdagangan pemerintah, di samping menimbulkan rasa takut dan bimbang dalam kalangan rakyat dan pekerja awam.

Ingin ketahui lebih banyak lagi informasi berkaitan sejarah dan artifak PDRM? Ayuh layari dan ‘Like’ FB Muzium Polis Diraja Malaysia

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments