Saturday, May 11, 2024
HomeBERITAIndustri pelancongan domestik dibenarkan beroperasi 1 Julai

Industri pelancongan domestik dibenarkan beroperasi 1 Julai

Menteri Kanan Keselamatan dalam memaklumkan akan perkembangan terkini mengenai industri pelancongan domestik.

Bagi industri pelancongan domestik, pembukaan semula sub-sektor pelancongan akan dibenarkan bermula 1 Julai.

Antara sub-sektor yang terlibat adalah :

i) Meetings, Incentives, Conventions & Exhibitions (MICE)
ii) Travel dan Trade Fair
iii) Spa, Wellness dan Pusat Urut Kaki

Menurut beliau, bagi sub-sektor yang berkaitan Meetings, Incentives, Conventions & Exhibitions (MICE) hanya 250 orang dibenarkan berada di dalam kawasan terlibat pada satu-satu masa.

Bagi Travel dan Trade Fair juga, syarat berkenaan termaktub pada jumlah yang sama.

Turut diingatkan agar semua pengunjung perlu memuat turun aplikasi MySejahtera bagi pendaftaran masuk.

Pihak penganjur juga perlu memastikan SOP seperti pendaftaran pengunjung dan pemeriksaan suhu badan, pengawalan keluar masuk pengunjung serta penjarakan sosial dipatuhi.

Bagi proses operasi Spa, Wellness dan Pusat Urut Kaki pula, pihak berkaitan juga perlu mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN and KKM seperti pendaftaran, pemeriksaan suhu badan, pemakaian pelitup muka dan juga penyediaan hand sanitizer.

Walaubagaimanapun, hanya pekerja warganegara Malaysia sahaja dibenarkan untuk berkerja dan mereka juga perlu menjalani saringan COVID-19 sebelum dibenarkan beroperasi

Turut ditegaskan sama adalah pengunjung perlu memuat turun aplikasi MySejahtera bagi usaha pemantauan.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments