Monday, June 17, 2024
HomeBERITAIndividu ingkar SOP dan proses kuarantin wajib akan dikenakan kompaun RM1,000

Individu ingkar SOP dan proses kuarantin wajib akan dikenakan kompaun RM1,000

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkongsi perkembangan terkini mengenai Pengurusan Pusat Kuarantin yang melaporkan seramai 124 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dari Singapura, Indonesia, China serta Qatar telah dikuarantin wajib.

“Seramai 51,422 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantin wajib sejak 3 April lalu dan sehingga hari ini seramai 42,817 individu telah selesai menjalani tempoh kuarantin wajib selama 14 hari dan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Semalam merupakan hari terakhir pusat kuarantin di hotel-hotel beroperasi dan bermula hari ini semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara akan jalani saringan COVID-19 sejurus tiba di pintu masuk sempadan negara.

“Bagi mereka yang didapati positif akan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan manakala yang negatif akan kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing,” ujar beliau.

Beliau berkata, kira-kira 8,381 individu yang berada di pusat kuarantin akan menjalani baki tempoh kuarantin di kediaman dan telah melakukan saringan COVID-19 dengan keputusan negatif.

Namun begitu, mereka juga perlu memuat turun aplikasi MySejahtera untuk proses pemantauan sebelum dibenarkan menjalani proses kuarantin di kediaman mereka.

“Bagi mana-mana individu yang ingkar proses kuarantin wajib dan SOP yang ditetapkan akan dikenakan kompaun RM1,000 atau dihadapkan ke mahkamah,” kata beliau.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments