Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAIndividu guna wang tunai, letak sapu tangan pada poket baju, aktif di...

Individu guna wang tunai, letak sapu tangan pada poket baju, aktif di Facebook dianggap tua

Satu kaji selidik di Britain mendapati, golongan milenial yang masih menggunakan wang tunai serta meletakkan sapu tangan pada poket baju adalah petanda utama bahawa dia sedang mengalami proses penuaan.

Lapor akhbar Metro UK semalam, kaji selidik yang dijalankan oleh syarikat peruncit tenaga, Love Energy Savings itu turut mendedahkan tabiat lain seperti menonton televisyen, membaca buku dan bercakap menggunakan telefon adalah termasuk dalam senarai petanda seseorang semakin berumur.

Selain itu, 12 peratus daripada responden kaji selidik itu turut berpendapat bahawa menjalin hubungan di dunia nyata adalah ketinggalan zaman.

Ini sekali gus membuktikan bahawa generasi muda kini mempunyai pilihan hiburan dan komunikasi yang terhad.

“Seberapa pantas kita mengguna pakai teknologi baharu adalah salah satu elemen penting dalam jurang generasi yang semakin meningkat di Britain.

“Kaji selidik kami menunjukkan bahawa golongan milenial dinggap sudah berusia jika mereka masih melakukan aktiviti seperti menonton televisyen serta menggunakan telefon bimbit untuk berhubung dengan orang lain berbanding menggunakan fungsi mesej,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Love Energy Savings, Phil Foster.

Antara tabiat lain yang turut disenaraikan sebagai petanda seseorang telah berusia termasuk menerima bil dari peti surat, menulis senarai barangan pada kertas menggunakan pen, merokok, menghubungi perkhidmatan teksi, aktif di akaun Facebook, menggunakan kamera dan memakai seluar jeans jenis skinny.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments