Thursday, November 19, 2026
HomeBERITAIndividu berstatus PUS perlu daftar diri di aplikasi MySejahtera

Individu berstatus PUS perlu daftar diri di aplikasi MySejahtera

Bermula hari ini, Person Under Surveillance (PUS) sama ada warganegara atau bukan warganegara yang dibenar masuk ke Malaysia dan disahkan negatif COVID-19 diwajibkan jalani tempoh kuarantin selama 14 hari di kediaman masing-masing.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkara ini juga dibenarkan kepada PUS yang berada di stesen kuarantin untuk menyambung tempoh kuarantin di rumah.

Tambah beliau lagi, jika ada di antara mereka yang ingin menjalani kuarantin wajib di mana-mana, kos pembayaran hotel perlu ditanggung sepenuhnya oleh individu terbabit.

Ini kerana bermulanya fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kerajaan tidak lagi akan menanggung kos hotel dan telah memberi kelonggaran untuk rakyat menjalani kuarantin wajib di rumah masing-masing.

Dalam pada itu, beliau turut mengatakan bahawa kesemua individu berstatus PUS perlu mendaftarkan diri di aplikasi MySejahtera dan wajib kuarantinkan diri di alamat yang didaftar di dalam aplikasi berkenaan.

1. Bermula 10 Jun, semua Person Under Surveillance (PUS) samada warganegara atau bukan warganegara yang dibenar masuk ke…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Tuesday, 9 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments