Pernahkah anda mendengar nama ikan yang dipanggil bayan?
Ikan bayan merupakan sejenis hidupan laut yang terdiri dari kumpulan herbivora.
Menurut kajian dan pemerhatian pakar, ikan ini memakan alga dan terumbu karang yang telah mati di dasar laut.
Setiap hari spesis ini akan menghabiskan 90% waktu mereka untuk mengunyah atau makan sahaja.
Dengan memakan alga yang menghambat pertumbuhan terumbu karang, ia secara tidak langsung membersihkan terumbu karang yang hidup.
Dikatakan terumbu karang yang dibersihkan dari alga akan lebih kuat bertahan dan dapat hidup walaupun menghadapi perubahan suhu air, polasi dan kondisi air yang keruh.
Setelah makan, ikan bayan ini akan mengeluarkan kotoran berupa pasir putih halus yang banyak sekali.
Setiap ekor ikan bayan dewasa akan mengeluarkan kotoran berupa pasir putih halus sehingga 450 kilogram setiap tahun.
Jadi semakin banyak dan lama ikan ini hidup, semakin banyaklah jumlah pasir putih yang akan dihasilkan.
Jelaslah bahawa pantai berpasir putih yang cantik dengan populasi terumbu karang yang menarik merupakan hasil kerja ikan bayan ini.
Menurut kajian, jumlah populasi ikan bayan ini sangat sedikit di lautan. Ini ditambah pula dengan aktiviti menangkap ikan oleh manusia.
Apakah kesannya jika ikan ini pupus?
Jika ikan bayan ini terus diburu, maka jumlah alga akan semakin banyak di laut dan ini akan menyebabkan kondisi terumbu karang tidak sihat.
Ini akan mematikan ekosistem dan akhirnya laut tidak akan lagi bersih dan jernih. Maka tiada lagi pemandangan pasir putih dan indah di persisiran pantai.
Laut tidak akan lagi cantik untuk diselami atau dinikmati oleh pelawat snorkeling.
Dimana banyak populasi ikan bayan, maka selain laut cantik, ikan-ikan jenis lain akan semakin banyak tinggal di terumbu karang yang sihat.
Kewujudan ikan bayan ini selain dari baik untuk ekosistem laut dan menghasilkan pemandangan pantai yang indah.
Malah, ia juga menggalakkan kehadiran ikan-ikan lain, sekaligus meningkatkan mata pencarian nelayan, disamping menggalakkan aktiviti snorkeling dan mampu menjana pendapatan manusia.
Oleh itu, berhenti menangkap dan memakan ikan bayan. Jangan lagi menyokong dan membeli ikan ini di pasar mahupun di pasaraya.
Kitalah penentu kepada alam sekitar yang sihat dan indah buat generasi akan datang.
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost
IKAN BAYAN SANGAT PENTING, JANGAN DIMAKAN!!KENAPA IKAN INI PENTING BAGI LINGKUNGAN KITA?Ikan Bayan memakan alga dan…
Posted by FRI Rantau Abang on Sunday, 7 June 2020

Leave a Reply