Thursday, June 20, 2024
HomeBERITAIbadah korban dibenarkan

Ibadah korban dibenarkan

Pihak kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan aktiviti ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut pada akhir bulan Julai ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aktiviti korban boleh dilakukan di semua masjid, surau dan kawasan-kawasan yang dibenarkan oleh pihak berkuasa agama Wilayah Persekutuan sahaja.

Manakala bagi negeri-negeri lain, ianya tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri masing-masing

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam mesyuarat khas menteri-menteri juga telah menyediakan SOP yang lengkap untuk ibadah korban dan jika negeri-negeri lain juga membenarkan ibadah korban dilaksanakan secara terbuka seperti biasa, maka SOP terbabit boleh dijadikan rujukan oleh negeri-negeri lain selain daripada Wilayah Persekutuan.

“Selain daripada masjid, surau serta kawasan-kawasan yang telah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Agama Negeri dan PBT, 28 Rumah Sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) serta 31 Rumah Penyembelihan Ruminan Swasta yang dilesenkan oleh DVS dibenarkan untuk menjalankan penyembelihan

“Namun penganjur juga perlu melaporkan aktiviti ibadah korban yang akan dijalankan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yg terdekat,” ujar beliau.

Bagi kapasiti kehadiran, orang ramai juga dibenarkan berada di kawasan ibadah korban dijalankan namun tidak melebihi 250 orang manakala bagi petugas pula dihadkan tidak melebihi 30 orang.

Pihak penganjur juga hendaklah memastikan bilangan korban yang bakal dilakukan adalah bersesuaian dengan keupayaan bilangan petugas yang dilantik.

Bagi proses melapah dan proses keratan, pembahagian daging korban pula, ia hendaklah dilakukan di tempat yang sesuai dan lapang serta elak 3S (Sesak, Sempit dan Sembang Dekat).

Proses sembelihan juga digalakkan menggunakan peralatan dan sistem moden dalam sembelihan seperti ‘sangkar sembelihan’.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments