Thursday, November 19, 2026
HomeBERITAIa kapal LCS sebenar tapi belum siap - bekas Panglima TLDM

Ia kapal LCS sebenar tapi belum siap – bekas Panglima TLDM

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Kapal tempur pesisir pantai (LCS) yang dipaparkan dalam visual pelancaran di limbungan Boustead Naval Shipyard (BNS) di Lumut pada 2017, adalah kapal sebenar, dan bukannya “dummy” namun ia masih dalam proses pembinaan.

Justeru bekas Panglima Tentera Laut Tan Sri Dr Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata tuduhan kononnya pelancaran LCS di Lumut itu bertujuan mengelirukan orang ramai adalah tidak benar.

“Jadi tuduhan kononnya pelancaran LCS di Lumut pada tahun 2017 dilaksanakan untuk
tipu dan kelirukan orang ramai, tidak benar.

“Malah, saya perlu beritahu orang ramai bahawa yang dilancarkan di Lumut ketika itu ialah
kapal Lcs1 sebenar yang sedang dalam proses pembinaan, bukan dummy. Ini termasuk
‘mast yang yang dikhabarkan palsu.

“Semua ini turut dijelaskan semasa sesi PAC sebelum ini. Jadi janganlah ada pihak
sengaja timbulkan isu demi kepentingan sendiri sehingga sanggup kelirukan orang ramai,” jelas bekas Panglima TLDM Ke-16 dalam satu kenyataan media.

Katanya pelancaran dan penamaan sesebuah kapal perang sebelum ia siap sepenuhnya adalah tradisi serta praktis TLDM sejak sekian lama.

Malah tambah beliau, ini juga amalan biasa di negara-negara lain.

“Sebab itu, perkara ini juga disebut oleh Kepten (B) Ir. Azhar bin Jumaat dalam sesi
menghadap PAC pada 11 Disember 2021 lalu. Saya petik semula penjelasan beliau:

“Daripada segi tradisi, we call launching dengan naming ini hanya melibatkan satu aktiviti
tradisi yang melibatkan kapal-kapal perang sahaja. Justeru, untuk aktiviti launching dan
naming itu, daripada segi tradísi dan praktis itu, memang ia dipraktikkan sebelum ini juga.”

“Mengambil peluang aktiviti launching daripada segi kejuruteraan teknikal ini dan juga
dilaksanakan secara bersama dipanggil upacara penamaan itu, Yang Berhormat. la
adalah memang satu tradisi navy yang telah diaksanakan sejak yang lepas-lepas.

“Sebagai contoh praktis di negara lain semasa pelancaran kapal LCS yang dibina oleh
Naval Group untuk Kerajaan UAE di Perancis kapal tersebut juga belum siap sepenuhnya.

Dalam pada itu beliau menjelaskan terpanggil utk membetulkan persepsi negatif bagi melindungi maruah dan nama baik TLDM.

“Penting untuk saya beritahu fakta sebenar supaya orang awam tidak terus keliru akibat kenyataan sesetengah pihak yang bersifat populis dan politiking,”. –THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments