Sunday, May 19, 2024
HomeBERITAHukum zakat pengeluaran KWSP melalui Skim i-Lestari, i-Sinar

Hukum zakat pengeluaran KWSP melalui Skim i-Lestari, i-Sinar

Bantuan skim I-Lestari dan I-Sinar bagi mengurangkan bebanan rakyat kesan pandemik COVID-19 telah mula disalurkan secara berperingkat.

Buat panduan anda yang tertanya-tanya adakah hukum zakat diwajibkan buat pengeluar, Jabatan Penyelidikan & Sekretariat Syariah, Divisyen Strategi Korporat, Lembaga Zakat Selangor (MAIS) ada penjelasannya.

Soalan :
Apakah hukum zakat ke atas pengeluaran KWSP melalui skim i-Lestari dan i-Sinar yang diumumkan oleh kerajaan?

Jawapan:
Berdasarkan Fatwa Sistem Pengurusan Kutipan Zakat Negeri Selangor 2013 (Pindaan) berkaitan pengeluaran simpanan KWSP sebelum mencapai umur 55 tahun, menyatakan:

a. Jika pencarum adalah pembayar zakat pendapatan : Apa-apa jumlah wang KWSP yang dikeluarkan tanpa mengira sebarang tujuan dalam tempoh setahun wajib dizakatkan keseluruhannya.

b. Jika pencarum tidak layak membayar zakat pendapatan : Apa-apa jumlah wang KWSP yang dikeluarkan tanpa mengira sebarang tujuan dalam tempoh setahun akan ditaksir bersama sumber pendapatan yang lain.

Berdasarkan keputusan fatwa di atas, jelas menyatakan bahawa zakat wajib dikeluarkan ke atas jumlah KWSP yang dikeluarkan. Oleh itu, setiap pengeluaran KWSP melalui skim i-Lestari dan I-Sinar wajib dizakat sekiranya mencukupi syarat-syaratnya.

Walau bagaimanapun, berikutan pandemik COVID-19 dan perintah Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh pihak kerajaan serta kesan kegawatan ekonomi akibat pandemik ini, berikut adalah ketetapan berkaitan kewajipan zakat ke atas pengeluaran KWSP i-Lestari dan i-Sinar:

i. Pengeluaran i-Lestari atau i-Sinar KWSP dilakukan dalam keadaan terpaksa akibat ketiadaan atau terjejasnya sumber pendapatan yang mampu menampung keperluan hidup asasi diri dan tanggungan, maka : Zakat tidak diwajibkan sekiranya pengeluaran dilakukan dalam keadaan sebegini.

ii. Pengeluaran i-Lestari atau i-Sinar KWSP yang dilakukan dalam keadaan pilihan kerana masih mempunyai sumber pendapatan yang mampu menampung keperluan hidup asasi diri dan tanggungan : Zakat diwajibkan ke atas seluruh pengeluaran yang dilakukan.

Ini kerana pengeluaran seumpama ini adalah atas dasar pilihan dan bukan atas darurat.

Oleh itu, ia tertakluk dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor sebagaimana perkara yang dimaklumkan di atas.

Semoga bermanfaat buat semua.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments