Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAHukum berkumur dengan 'Mouth-Rinsing Gargle' ketika berpuasa

Hukum berkumur dengan ‘Mouth-Rinsing Gargle’ ketika berpuasa

Adakah berkumur secara ‘gargle’ dengan menggunakan ubat kumur boleh membatalkan puasa?

Secara spesifiknya, berkumur menggunakan sebarang ubat kumur adalah tidak membatalkan puasa kerana ia tidak sampai kepada had batin bagi rongga mulut.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kaedah berkumur secara gargling (sehingga air hampir ke tekak) hanya melibatkan sekitar had zahir namun ianya tidak digalakkan di bulan puasa jika tiada keperluan.

Ini kerana sekiranya berkumur secara berlebihan dan air didalam mulut termasuk ke dalam rongga ia boleh membatalkan puasa.

Namun jika tidak berlebihan tetapi air memasuki rongga tidak terbatal ibadah puasa.

Sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam mulut selepas berkumur ia tidak akan membatalkan puasa dan tidak perlu mengeringkannya.

Pautan Artikel:

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/807-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-siri-ke-91-berkumur-dengan-mouth-rinsing-gargle?highlight=WzkxXQ==&fbclid=IwAR1S0Hir6wpNuDW8L49cPvILtckanAzK9W04ZBldBtjO91d_nCK8pX3r9iQ

Kredit: YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) / Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments