Friday, May 24, 2024
HomeBERITAHujan lebat di pantai barat Semenanjung bermula Isnin ini

Hujan lebat di pantai barat Semenanjung bermula Isnin ini

Kuala Lumpur, 29 September – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan negeri-negeri di bahagian pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta tengah Sarawak bakal menerima hujan lebat dan angin kencang bermula 3 Oktober ini.

Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, kejadian itu akan berlaku terutama pada waktu petang dan awal malam.

Ini berikutan fasa peralihan Monsun Barat Daya kepada Monsun Timur Laut yang berterusan sehingga November ini.

“Semasa fasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang sesuai untuk kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa singkat.

“Kejadian ini berlaku terutama pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri-negeri di pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta tengah Sarawak.

“Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada sepanjang tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi jabatan.

Katanya, orang ramai juga boleh menghubungi Hotline MetMalaysia, 1300221638 bagi sebarang pertanyaan.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments