Sunday, October 20, 2024
HomeBERITAHUAWEI lancar telefon pintar baharu Y9s

HUAWEI lancar telefon pintar baharu Y9s

Nikmati tawaran menarik daripada telefon pintar terbaharu daripada generasi HUAWEI Y9 Series iaitu HUAWEI Y9s.

Harga yang ditawarkan serendah RM999.

Jika dilihat pada rekaan fizikalnya HUAWEI Y9s masih mengekalkan identiti rekaan seperti HUAWEI Y9 Prime 2019 dengan sokongan skrin penuh dan kamera.

Ia dilengkapi dengan skrin besar bersaiz 6.59 inci dengan Paparan Ultra FullView, LTPS beresolusi FHD+ dan HUAWEI Y9s dikuasakan dengan “CPU” 710F.

Selain itu, Y9s memiliki ruang penyimpanan yang besar 6GB RAM, 128GB ROM, bateri berkapasiti 4000mAh dengan pengecasan 10W menggunakan sambungan USB Type-C.

Walau bagaimanapun berbeza dengan HUAWEI Y9 Prime 2019, HUAWEI Y9s telah menerima beberapa penambahbaikan seperti sokongan tiga kamera dengan lensa utama 48MP Main Camera + 8MP Ultra Wide Angle Camera + 2MP Bokeh Camera dan rekaan kamera hadapan 16MP.

Rekaan panel belakang yang mirip seperti HUAWEI P30 ini juga kelihatan lebih kemas kerana sensor pengimbas cap jari telah disepadukan pada butang kuasa.

HUAWEI Y9s didatangi dengan dua warna iaitu Breathing Crystal dan juga Midnight Black.

Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan telefon pintar terbaru anda di cawagan HUAWEI berdekatan.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments