Thursday, May 30, 2024
HomeBERITAHospital swasta sedia bekerjasama jayakan program vaksinasi

Hospital swasta sedia bekerjasama jayakan program vaksinasi

Hospital swasta sedia bekerjasama dengan kerajaan untuk menjayakan program imunisasi COVID-19 kepada orang ramai dalam usaha mempercepatkan proses berkenaan.

Memetik laporan Bernama, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr Kuljit Singh menyatakan pihaknya sedang menunggu untuk berbincang mengenai mekanisme pemberian vaksin tersebut.

“Ini adalah perkhidmatan yang boleh kami sediakan kepada awam, memandangkan ramai yang bersedia mendapatkan suntikan di hospital swasta.

“Bagaimanapun kami masih menunggu arahan selanjutnya. Kami akan bekerjasama rapat dengan kerajaan untuk memastikan semua barisan hadapan mendapatkan vaksinasi daripada sektor perkhidmatan kesihatan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Jelas beliau, petugas kesihatan di hospital swasta akan menerima suntikan vaksin serentak dengan petugas kesihatan di hospital kerajaan dan menyatakan penghargaan kepada kerajaan atas usaha berkenaan.

“APHM juga menyarankan warganegara yang sesuai untuk menerima vaksin supaya mendapatkan suntikan masing-masing.

“Vaksin itu selamat dan kemungkinan komplikasi jangka panjang COVID-19 terhadap aspek kesihatan jauh lebih teruk berbanding kesan sampingan daripada vaksin,” jelasnya. – BERNAMA

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments