Friday, June 14, 2024
HomeBERITAHindari si kecil dari bahaya Shaken Baby Syndrome

Hindari si kecil dari bahaya Shaken Baby Syndrome

Tahukah anda perbuatan seperti melambung, menggoncang dan melakukan senaman akrobatik adalah berbahaya untuk bayi.

Shaken Baby Syndrome (SBS) boleh menyebabkan kesan kerosakan otak, perkembangan terbantut, lumpuh, buta, pekak dan juga kematian.

Bayi mempunyai otak yang lembut dan otot leher yang lemah, jika digoncang ia boleh menyebabkan otak bayi terhentak pada dinding tengkorak.

Kesannya akan menyebabkan salur darah terkoyak, berlaku pendarahan dan otak membengkak.

Kesan lain adalah seperti patah tulang belakang, leher dan juga kerosakan pada mata.

SBS adalah satu perkara yang serius dan boleh dikategorikan sebagai penderaan. Ia sering terjadi pada bayi berumur 2 tahun ke bawah, namun ianya juga boleh berlalu pada kanak-kanak berumur 5 tahun.

Bahaya goncang anak sewaktu bayi.Tahukah anda, perbuatan seperti ✅ Melambung bayi✅ Menggoncang bayi✅ Senaman…

Posted by Public Health Malaysia on Tuesday, 9 June 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments