Thursday, November 19, 2026
HomeBERITAHarimau Malaya kembali mengaum, benam Thailand 1-0

Harimau Malaya kembali mengaum, benam Thailand 1-0

Selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, skuad Harimau Malaya akhirnya berjaya menebus maruah negara apabila berjaya membenam Thailand 1-0, dalam aksi perlawanan malam tadi.

Kemenangan itu juga menyaksikan anak buah Tan Cheng Hoe menempah slot di pusingan ketiga Piala Asia selepas menamatkan saingan Kumpulan G di kedudukan ketiga dengan 12 mata manakala Thailand yang kekal dengan sembilan mata jatuh ke tangga keempat.

Cheng Hoe dilihat melakukan tindakan berani dengan melakukan beberapa perubahan berbanding perlawanan menentang tuan rumah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam sebelum ini terutama dengan meletakkan Akhyar Rashid dan pemain muda, Arif Aiman Hanapi di bahagian sayap kiri dan kanan.

Malah, aksi meyakinkan daripada Syahmi Safari di posisi pertahanan kiri juga menyaksikan ketiadaan La’vere Corbin-Ong yang berdepan penggantungan satu perlawanan tidak begitu dirasai.

Harimau Malaya mendapat beberapa peluang untuk meledak gol terutama menerusi Akhyar Rashid dan Guilherme De Paula, namun gagal disudahkan dengan jaringan.

Thailand mendapat gol pada mint ke-35, namun jaringan itu dibatalkan selepas Suphanat Mueanta dikesan berada dalam kedudukan ofsaid.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Rizal Merican menyatakan kebanggaannya terhadap prestasi yang ditunjukkan pasukan Harimau dalam perlawanan negara menentang Thailand malam tadi.

“Alhamdulillah! Dengan sepakan penalti Safawi Rasid, Malaysia berjaya melayakkan diri ke pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023. Tahniah saya ucapkan kepada pasukan Harimau Malaya yang telah berjuang dengan penuh semangat malam ini menentang pasukan Thailand yang memberikan cabaran yang cukup hebat.

Inilah prestasi yang perlu kekal di dada setiap pemain Harimau Malaya – dengan lencana yang membawa nama negara. Saya bangga dengan aksi pada malam ini. Jangan lupakan semangat di atas padang pada malam ini dan kekalkan momentum untuk cabaran seterusnya pada bulan November ini. GOOD GAME HARIMAU MALAYA!”, tulisnya di facebook.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments