Harap rakyat Melaka pilih parti yang stabil, mampu membantu ekonomi rakyat dan negara

0

Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berharap agar rakyat negeri Melaka dapat memilih satu parti yang stabil dan mampu membantu ekonomi rakyat di negeri Melaka dengan sebaiknya.

“Saya akui, BN tidak terlepas daripada kelemahan, tetapi memilih parti yang menjanjikan bulan dan bintang seperti PH dan parti yang masih baru PN yang banyak kaki lompat, akan merugikan rakyat.

“Lihatlah apa terjadi selepas PH perintah? Apa jadi dengan ekonomi negara? Apa rakyat dapat? Adakah aset-aset negara bertambah? Dividen tabung-tabung simpanan menaik? Kesejahteraan hidup Rakyat bertambah baik? Negara lebih stabil dan terancang? Pasaran saham lebih baik? Pelaburan asing menaik? Janji-janji manifesto ditepati?

“Saya harap rakyat Melaka dapat menilai mana yang sebaiknya dan pilihlah BN semula. Banyak yang telah dibuat oleh kepimpinan parti dan membuat perubahan kearah kebaikan rakyat dan dalaman parti. Calon-calon yang diketengahkan juga ramai yang muda dan berwibawa,” katanya kepada The Malaya Post.

Katanya, manifesto BN juga lebih teratur dan mampu ditunaikan.

Tambah beliau calon BN lebih fokus dan banyak membawa isu kawasan untuk dibangunkan dan mudah difahami dan diterima oleh rakyat.

“Saya yakin BN dapat menang lebih daripada 16 kerusi dan membentuk kerajaan negeri yang stabil dan terurus. Rakyat buanglah katak-katak politik yang melompat sana sini dan ajarlah mereka yang telah menipu rakyat semasa PRU 14 yang lalu,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply