“Hanya tak mampu hadiahkan kau rumah dan mencukupi kehendak kau…”, suami Nadia Brian luah perasaan di IG Story

0

Pergolakan rumahtangga pelakon Nadia Brian dan pasangannya, Muizz Nasruddin semakin hangat diperkatakan dan mendapat perhatian ramai.

Malah, kedua-dua pasangan ini saling meluahkan perasaan menerusi platform media sosial Instagram peribadi masing-masing.

Beberapa hari lalu pelakon cantik ini menerusi kapsyennya memanjatkan doa dan memohon kekuatan agar kuat menghadapi dugaan dan percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Komentarnya dilihat mendapat ribuan tanda suka dari peminat dan rakan artis.

Malahan teman seperjuangan turut meninggalkan kata-kata semangat antaranya pelakon Mona Allen, Lana Nodin dan Catriona Ross.

Terbaharu, suami Nadia, Muizz pula turut memuat naik luahan hati melalui ‘IG story’ yang berbunyi;

” I don’t rant my problem’s here, but enough is enough. Karenah? Aku tak pernah paksa kau masak, cuci baju, bersihkan rumah, semua tu maid ada sediakan!.”

Muizz turut menulis tentang nafkah yang cukup diberikan mengikut kemampuannya.

Antara lain, dia turut berkongsi, “ Karenah aku hanya tak mampu hadiahkan kau rumah dan mencukupi kehendak kau buat masa sekarang ini.”

Untuk rekod, pasangan ini telah diijabkabulkan pada 9 November 2019 tahun lalu.

Semoga apa sahaja masalah yang dihadapi oleh suami isteri ini dapat di atasi dengan tenang dan matang.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply