Saturday, May 25, 2024
HomeBERITA"Individu yang mendesak Tun Dr. Mahathir melakukan peralihan kuasa mungkin kerana mereka...

“Individu yang mendesak Tun Dr. Mahathir melakukan peralihan kuasa mungkin kerana mereka ada kepentingan” – Haniff Khatri

Peguam Kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla menyatakan pandangan terhadap desakan sesetengah pihak yang mungkin berkepentingan mendesak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar menyatakan tarikh penyerahan kuasa secara jelas terhadap Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Tambah beliau Haniff, menyentuh berkaitan pentadbiran dan urusan negara, sepatutnya perlu berpandukan kepada pelembagaan undang-undang.

“Tun Mahathir telah bersetuju menjadi Perdana Menteri yang dicadangkan semasa percalonan PRU-14 kerana rakyat yang memerlukan beliau pada masa itu, rakyat yang meminta, jadi Tun Mahathir bersedia menjadi Perdana Menteri pada masa itu selepas pilihan raya hari itu atas pilihan rakyat bukan pilihan beliau.

“Sekarang ini seolah-olah orang mengatakan Tun nak menjadi Perdana Menteri sampai pilihan raya ke 15. Beliau sebenarnya tidak ada hasrat untuk menjadi Perdana Menteri dan beliau datang balik sebab rakyat yang merayu-rayu pada masa itu.

“Datanglah Tun, tiada siapa yang nak jatuhkan Najib, siapa lagi kita nak harapkan,” katanya.

Ujar beliau apabila Tun Dr. Mahathir bersetuju untuk berjuang setelah 15 tahun bersara, beliau hanya mahu membantu PH dengan menstabilkan urus tadbir negara kemudian diserahkan kepada sesiapa yang Majlis Presiden rasakan sesuai untuk mengambil alih dan beliau akan bersara.

“Tapi yang anehnya yang saya rasa ralat sikit apabila beliau di dalam kebijaksanaan sendiri kewibawaan sendiri sebagai Perdana Menteri selepas 9 Mei 2018 berpendapat masih ada sesuatu yang belum pun diuruskan dengan cantik di bahagian-bahagian tertentu seperti kementerian, jemaah menteri, penguatkuasaan dan polisi-polisi lain.

“Beliau memerlukan masa lagi untuk selesaikan perkara tersebut dan ingin kalau boleh dianjakkan selepas APEC, mula ada suara-suara sumbang yang tidak sabar-sabar yang seolah-olah lupa apakah jasa seorang insan itu kepada negara selama ini.

“Dan terus seolah-olah bila kita dah menang pilihan raya maka tidak kisahlah sesiapa lain kita yang nak kuasa balik kepada yang kita sokong,” ujarnya ketika ditemubual di rancangan Jom Channel yang membincangkan topik yang bertajuk ‘ Adakah desakan peralihan kuasa segera Perdana Menteri itu wajar dan betul? “.

Apabila terdapat segelintir pihak yang membuat desakan agar Tun Mahathir mengundurkan diri, Haniff Khatri berpendapat tindakan terbabit adalah tidak adil.

“Desakan yang dilakukan adalah tidak adil, tidak jujur dan berfikiran agak cetek serta mementingkan golongan kita sendiri. Namun di sebalik itu, apa kata rakyat diluar?

“Dari segi perundangan keputusan pilihan raya yang mengakibatkan siapa menjadi Perdana Menteri adalah keputusan pilihan raya yang berlaku 5 tahun sekali.

“Jadi rakyat diluar ni tolak tepi manifesto, rakyat diluar 3.5 juta yang sudah ada Perdana Menteri boleh kata kami tak nak orang lain sekarang ni, tidak kisah apa penjanjian atau persetujuan kalau ada sekalipun itu antara parti-parti atau perjanjian manifesto kepada rakyat, saya cuma cadangkan untuk persetujuan itu tidak dibubarkan tapi yang melampau sehinggakan rakyat tidak diendahkan,” tambahnya lagi.

Beliau turut menyatakan sekiranya betul pihak Majlis Presiden atau mana-mana pihak parti kononnya sudah ‘meluat’ dengan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri maka haruslah orang berkenaan membuat keputusan.

Persoalannya, kata Haniff Khatri beranikah individu berkenaan buat keputusan dengan mengatakan Tun Dr. Mahathir perlu meletak jawatan atau nyatakan tarikh bila untuk Tun Dr. Mahathir meletak jawatan?

“Sebab apa, sebab awak rasa awak dah boleh pergi sendiri, biarlah pada masa itu kalau majoriti rakyat benci dengan keputusan Majlis Presiden awak tanggunglah.

“Enough is enough, bagi saya berjuang ni ramai orang berjuang, ada juga dalam berjuang yang tidak minta jawatan, pangkat dan sebagainya tapi semata-mata sebab yang berjaya adalah pihak politik yang memegang jawatan dan sebagainya di jemaah menteri ataupun di jawatan-jawatan di GLC dan sebagainya.

“Itu tidak bermakna persetujuan awak tu boleh menindakkan kepentingan rakyat, jadi sabarlah sikit bagi Malaysia betul-betul teguh,” ujarnya.

Berbicara lanjut, Haniff Khatri memberitahu  kedudukan sekarang kementerian-kementerian adalah tidak seragam dan masih ada keperluan untuk pihak kementerian sesama kementerian yang lain untuk faham apakah polisi umum kerajaan.

“Kita ada kenyataan kementerian A yang mungkin bercanggah dengan B dan kementerian B bercanggah dengan C dan sebagainya.

“Bila kementerian kesihatan membuat keputusan tentang larangan merokok sekarang baru KPKT keluar untuk membaik pulih perkara tersebut untuk menyeragamkan.

“Keseragaman perlu buat begitu juga tentang pembelajaran apabila ada pihak yang nak mulakan jawi ada pula pihak yang menegahkan bahawa ini bukan unsur yang patut diajar di sekolah, bukankah tak senonoh tak sesuai mana-mana individu di dalam parti bertelagah sesama sendiri, adakah bermaksud awak sudah bersedia untuk mengambil alih teraju tanpa Tun Dr. Mahathir dan saya perlu tekankan disini walaupuan saya sering kali komen atau membuat kritikan kepada pihak-pihak tertentu terutamanya pihak pengkuatkuasaan undang-undang sama ada pejabat Peguam Negara ataupun pihak SPRM mahupun polis dan kementerian-kementerian tertentu, itu adalah konsep kedaulatan undang-undang,” katanya lagi.

Sebagai pengamal undang-undang yang terkenal, kata Haniff Khatri pernah mewakili sesebuah parti tertentu di mahkamah serta mendraf perlembagaan parti dan masih lagi menjadi peguam mana-mana pihak individu ataupun Perdana Menteri tetapi beliau bukan di dalam parti politik dan berhak untuk bersuara dan menyatakan pendapat.

“Bagi pejuang-pejuang yang telah berjuang adalah untuk menentukan kerajaan ini berpaksikan kepada kedaulatan undang-undang dan memadangkan kita tidak berada dalam parti politik kita berhak memberi kritikan.

“Walaupun mungkin kita pernah mewakili mana-mana parti tertentu di mahkamah ataupun mendraf perlembagaan mana-mana parti dan masih lagi menjadi peguam mana-mana pihak individu ataupun Perdana Menteri tapi kita bukan di dalam parti politik.

“Saya harap netizen faham sebelum memberi komen-komen sebarangan selepas ini,” ujarnya.

Terdahulu, dalam satu sidang media Tun Dr Mahathir telah secara terbuka menyatakan beliau sedia melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri serta-merta sekiranya Majlis Presiden Pakatan Harapan PH) mahu beliau berbuat demikian.

Beliau menjelaskan sebarang isu berkaitan peralihan kuasa akan diputuskan oleh Majlis Presiden PH yang dianggotai empat parti iaitu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Tun Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan beberapa wakil rakyat daripada PKR yang mencadangkan Mei ini sebagai tarikh peralihan kuasa kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isu penyerahan kuasa ini semakin hangat diperkatakan apabila terdapat desakan secara terbuka dan biadab agar Tun Dr. Mahathir segera melepaskan jawatan.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dalam satu forum berkata, kesamaran tarikh peralihan kuasa menyebabkan pelabur menangguhkan pelaburan mereka kerana tidak pasti dengan masa depan politik negara.

Beliau turut berpendapat bahawa dengan peralihan kuasa secepat mungkin akan membolehkan Dato’ Seri Anwar mempunyai lebih masa untuk melancarkan reformasi yang dijanjikan oleh PH.

Terdahulu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang terkenal dengan jolokan ‘tauke formula’ juga membuat kenyataan secara keras dan terbuka apabila menyatakan, gesaan secara ‘paksa’ boleh dilakukan terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad agar segera berundur apabila tiba waktunya.

Ramai yang mula memberi respon bahawa kenyataan Rafizi Ramli nyata biadap sekaligus membuatkan ramai terkeliru tentang pengumuman persaraannya dalam bidang politik.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments