Thursday, November 19, 2026
HomeBERITAHamil anak keempat, IG Che Puan Khaleeda dihujani ucapan tahniah

Hamil anak keempat, IG Che Puan Khaleeda dihujani ucapan tahniah

Isteri kepada Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Khaleeda Binti Bustamam kembali berbadan dua.

Penampilan terkini yang di muat naik menerusi platform media sosial Instagram peribadinya @ymchepuankhaleeda menerima reaksi gembira dan ucapan tahniah daripada para pengikut.

Untuk rekod, Che Puan Khaleeda dilahirkan pada 16 Julai 1993 di Kuala Lumpur.

Pada 24 Oktober 2014, DYAM Tunku Ismail dan YM Che’ Puan Khaleeda telah berkahwin di Istana Bukit Serene. Perkahwinan mereka disempurnakan oleh YBhg Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin.

Pasangan ini dikurniakan anakanda pertama dan puteri sulung diberi nama YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah pada 25 Jun 2016.

Mereka kemudiannya dikurniakan anakanda kedua dan putera sulung diberi nama YAM Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim pada 14 Oktober 2017.

Anakanda ketiga dan putera kedua diberi nama YAM Tunku Abu Bakar Ibrahim yang dilahirkan pada 16 Julai 2019.

Tahniah Che Puan Khaleeda. Warga kerja portal The Malaya Post mendoakan semuanya dipermudahkan urusan dan selamat melahirkan cahayamata yang sihat walafiat.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments