Seorang lelaki dari Aukland, New Zealand berkongsi video haiwan pelik yang ditemuinya dikawasan dapur rumahnya, baru-baru ini.
Video tular itu nyata menggemparkan warga Internet kerana tidak diketahui spesis haiwan yang masih dalam keadaan nyawa-nyawa ikan itu.
“Ibu saya jumpa di lantai dapur pagi ini. Satu lagi masih hidup. Sesiapa yang tahu apa itu? Anak saya terkejut dan mengalami mimpi buruk selama berminggu-minggu!” kata lelaki berkenaan.
Menurut New Zealand Herald, pasukan entomologi dari Biosecurity New Zealand berkata, haiwan tersebut mungkin dari spesis kupu-kupu yang bahagian badannya telah dimakan pemangsa seperti kucing.
“Mereka menjangkakan ia adalah kupu-kupu yang telah dimakan sebahagian badannya, menyebabkan hanya sebahagian badan lain masih bergerak-gerak,” ujar jurucakap Biosecurity kepada Yahoo7.
Eric Edwards, pakar serangga pula mendakwa, ia adalah spesis ulat bulu tikus.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply