Berita sedih tentang kematian seorang anggota polis akibat dirempuh sebuah kenderaan ketika bertugas mengawal sekatan jalan raya di Plaza Tol Kajang Selatan pada pagi tadi menyentuh perasaan semua termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menerusi laman media sosial Facebook @Muhyiddin Yassin, beliau menyifatkan kematian Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail merupakan satu kehilangan kepada pasukan PDRM dan negara.
“Saya bagi pihak kerajaan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan pasukan PDRM”, katanya.
“Saya mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” ujarnya.
Dalam pada itu, beliau berharap agar tragedi ini tidak akan mematahkan semangat anggota PDRM dan frontliners yang lain dalam menjalankan tugasan.
Kami dari portal, The Malaya Post mengucapkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail.
Gugurnya seorang perwira negara.Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solehin.
Al-Fatihah.
#StayAtHome
#staySafe
#stayHealthy
#normaBaharu #newNormal #kawalanKendiri #selfRegulation
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2965004356911437&id=112183975526837
– THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply