Tuesday, June 18, 2024
HomeBERITAGua Tempurung antara destinasi pelancongan terkenal di Gopeng

Gua Tempurung antara destinasi pelancongan terkenal di Gopeng

Jika bertanya kepada penduduk setempat di Gopeng, pasti mereka akan bercerita tentang keunikan gua batu kapur yang terletak lima kilometer dari pusat bandar iaitu Gua Tempurung.

Perjalanan hanya 15 minit dari Sungai Kampar, Gua Tempurung sepanjang 1.9 kilometer ini dipercayai telah wujud sejak 8000 Sebelum Masihi lagi.

Gua Tempurung yang menjadi daya penarik dan merupakan aset utama pelancongan di negeri Perak ini dikategorikan antara gua kapur yang terbesar di Semenanjung Malaysia.

Dengan merentasi satu kilometer dari Sungai Siput sehingga Kuala Dipang, gua ini mempunyai lima siling kubah yang berbentuk tempurung. Jadi tidak hairanlah gua ini dinamakan Gua Tempurung.

Sedar akan keajaiban dan nilai alam semulajadi yang begitu istimewa ini, kerajaan negeri mengambil langkah bijak memelihara dan memulihara kawasan gua ini agar kelihatan lebih menarik dan mesra pengunjung.

Dengan kelengkapan asas seperti lampu, tangga dan titi, ianya memberi kemudahan kepada para pengunjung untuk meredah sungai dalam gua, menerokai keindahan alam semulajadi ciptaan tuhan.

Jika anda mahu melancong secara domestik, negeri Perak antara destinasi yang amat berbaloi untuk dikunjungi.

Disini, destinasi dan lokasi pelancongannya amat menarik dan pasti menjanjikan kelainan kepada para pengunjung memandangkan negeri Perak sangat terkenal dengan keindahan alam semula jadi, pulau dan pantai, tempat bersejarah, taman tema dan sebagainya.

Dengan kehijauan hutan hujan, gunung ganang yang bernilai tinggi, air sungai di pergunungan, maka tidak hairanlah negeri kedua terbesar dalam Semenanjung Malaysia ini menjadi tumpuan utama para pelancong sekaligus menyumbang kepada perolehan negeri serta pertumbuhan ekonomi yang rancak di pekan-pekan kecil dalam daerah Kampar.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments