Monday, June 17, 2024
HomeBERITAAnak Najib jawab Anwar

Anak Najib jawab Anwar

Hari ini di Dewan Rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempertahankan keputusan Mahkamah Persekutuan, bahawa Hakim Nazlan tidak mempunyai konflik kepentingan; walaupun SPRM menyatakan sebaliknya.

Menurut Mahkamah Persekutuan, tiada keperluan untuk membuktikan secara khusus laluan dana SRC dalam menentukan sama ada berlaku penyelewengan dalam SRC. Mahkamah menganggap sumber dana itu tidak relevan.

Mahkamah Persekutuan juga berpendapat, pihak pendakwaan tidak perlu menyediakan bukti jalinan langsung sumber wang yang dikatakan haram kepada SRC untuk membuktikan terdapat penyalahgunaan dana daripada SRC. Mahkamah juga menganggap asal usul dana (haram) itu tidak penting dalam perkara ini.

Saya amat bimbang dengan penemuan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan. Seolah-olah apabila seseorang itu didakwa atas kesalahan mencuri, pihak pendakwa tidak perlu membuktikan dari mana wang yang didakwa dicuri itu.

Bolehkah anda bayangkan betapa mudahnya untuk memfitnah orang lain jika kaedah ini turut diguna pakai untuk kes lain?

Hujah ini turut mengecewakan saya – bagaimana jawatan Hakim Nazlan dalam Maybank sebelum ini tidak mewujudkan potensi konflik kepentingan sedangkan institusi kewangan tersebut terlibat dalam kes ini.

Dan bagaimana anda hendak membuktikan kes penggubahan wang haram apabila sumber wang haram tersebut tidak penting dalam pendakwaan?

Ini sebuah situasi yang janggal dalam sistem keadilan Malaysia. Beliau (Hakim Nazlan) adalah Penasihat Am Maybank, dan Maybank dikaitkan langsung dengan SRC. Walaupun tiada kesalahan jenayah ditemui, adalah penting untuk diakui bahawa SPRM dan AGC percaya Hakim Nazlan telah melanggar kod etika hakim dalam mengendalikan kes SRC.

Ekoran itu, AGC telah mengarahkan SPRM menghantar satu surat rasmi dan melaporkan perkara ini kepada Ketua Hakim Negara, dan turut menggesa agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap Nazlan.

Jika tindakan Nazlan didapati melanggar kod etika hakim, ia menimbulkan kebimbangan serius tentang kesahihan keputusannya berhubung kesalahan Najib dalam kes SRC.

Kami amat percaya bahawa keadilan bukan sahaja mesti dilaksanakan tetapi juga mesti dilihat telah dilaksanakan. Ini bagi memastikan proses kehakiman yang adil dan saksama untuk semua pihak yang terlibat.

Justeru, kami dengan rendah hati memohon siasatan menyeluruh terhadap perkara ini untuk menegakkan integriti badan kehakiman dan memulihkan keyakinan orang ramai terhadap sistem keadilan.

Matlamat kami adalah untuk memastikan keadilan ditegakkan dan hak semua individu, termasuk bapa saya Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, dilindungi mengikut prinsip sistem perundangan yang adil dan saksama.

Penulis Nooryana Najwa Mohd Najib, anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan mahu pun pendirian rasmi The Malaya Post.

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments