Chanel merupakan salah satu jenama terkenal dunia yang berasal dari Perancis dengan koleksi pakaian, sut, blaus,kasut, tas tangan, aksesori fesyen dan barangan kemas.
Jenama mewah ini sentiasa menjadi pilihan oleh ramai selebriti dan vvip.
Koleksi terbaru pengasas Gabrielle Chanel yang menggunakan nama samaran Coco Chanel sentiasa dinanti peminatnya walaupun harga koleksinya mencecah ratusan ribu ringgit.
Baru-baru ini Chanel telah mengeluarkan beberapa koleksi Spring Summer 2020 Ready-To-Wear (RTW) dan turut mengambil peluang mewarnai pentas peragaan di Paris Fashion Week.
Antara barisan model yang turut memperagakan koleksi dari jenama Chanel termasuklah Gigi Hadid, Lucia Pica, Alesya Kaf, Lily Stewart dan Sculy Mejia.
Pertunjukan yang berlangsung cukup meriah dari koleksi terbaru Chanel yang nyata ekslusif dan elegan sememangnya dinanti ramai.
Namun pertunjukan itu menjadi kecoh apabila tindakan berani salah seorang tetamu yang cuba menyelinap masuk barisan ‘catwalk’ di pentas peragaan berkenaan.
Tetamu yang berpakaian ‘checked’ berwarna hitam putih dan bertopi hitam itu dengan selamba menyertai barisan model lain berjalan di pentas peragaan.
Pencerobohan yang dilakukan oleh seorang Youtuber Perancis yang dikenali sebagai Marie S’Infiltre itu dapat diatasi dengan tenang dan pantas oleh tindakan Gigi Hadid yang cuba menghalang dan membawanya keluar dari acara itu.
Leave a Reply