Friday, July 19, 2024
HomeBERITAGerak Tari Graduan Fakulti Kesenian dan Kebudayaan gamatkan Majlis Istiadat Konvokesyen UM

Gerak Tari Graduan Fakulti Kesenian dan Kebudayaan gamatkan Majlis Istiadat Konvokesyen UM

Setiap tahun sudah menjadi tradisi buat para graduan dari fakulti Kesenian dan Kebudayaan membuat persembahan tarian sebelum menerima skrol di atas pentas ketika majlis menerima penganugerahan masing-masing.

Istimewanya, setiap kali majlis konvo berlangsung pihak tertinggi Universiti Malaya akan memberikan kebenaran kepada para graduan jurusan kebudayaan merasmikan majlis dengan langkah tarian mereka.

Gelagat yang ditampilkan oleh beberapa graduan di majlis rasmi berkenaan menggamatkan suasana dewan dengan tepukan gemuruh dari warga Universiti serta keluarga masing-masing.

Netizen turut teruja melihat video yang dikongsi oleh pengguna Twitter Izhar Fahmie disaat beberapa graduan sedang mengambil skrol di atas pentas sambil menari.

“Kan seronok macam ini. Nak viral pon best. Ini angkat manila card. Mesti lonely kanda rasa.” – Netizen

“Aku sanggup duduk lelama kat dalam tuh tengok diorang graduate!” – Netizen

“Dia best bila dua tiga orang buat kalau semua buat jenuh tunggu ????” – Netizen

Bukan sahaja dikatakan menarik dan dipuji malahan komen salah seorang netizen mengatakan dia juga ingin mengambil kursus dalam bidang berkenaan.

“Stylo betul kalian semua. Terbaik ????” – Netizen

“Damnn menarik gila..bole kot amik course ni nnti” – Netizen

“Eh! Comel lah dorang menari. Dah lama kot benda ni. Khas untuk course tarian ja. So uni paham, eh! Orang lain lak panas.” – Netizen

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments