Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITAGelagat suami di rumah mencuit hati ramai

Gelagat suami di rumah mencuit hati ramai

Sudah lebih dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara kita.

Dalam tempoh itu, dapat disaksikan menerusi laman sosial, begitu ramai yang suka berkongsi aktiviti sepanjang di rumah.

Si suami pula mengambil kesempatan membantu isteri menyelesaikan kerja rumah.

PKP tak membosankan pun guys. Tengok ni 😍

Dikirim oleh Eye's Steak – Pantai Dalam pada Senin, 30 Maret 2020

Namun, apa yang menarik mereka menjalankan tugas dengan memakai pakaian si isteri!

Dah bantu tu kira baguslah, tapi tak perlulah sampai memakai pakaian isteri kan! ????

Ada juga yang mengisi masa lapang dengan ‘memanja’ dan ‘mencantikkan’ diri dengan aksesori dan skin care si isteri.

Kalau setakat disposal masker tu, memang dah habis agaknya simpanan isteri.

Tapi apabila ada yang bergaya dengan rambut palsu isteri, alahai cantiklah sangat! ????

Sedikit sebanyak encik suami terasa bosan juga berkurung di rumah.

Maklumlah, dah biasa keluar bekerja mencari rezeki.

Gelagat nakal ini dapat dilihat apabila mereka menaik muat dua gambar berbeza iaitu gambar pertama, masih kemas bergaya.

Manakala gambar kedua pula wajah yang sudah dipenuhi jambang dan misai yang tak terurus. Bosan sangat tu agaknya????

Ada juga yang mulai rimas apabila rambut tumbuh dan out of shape!

Memandangkan salon rambut atau “barber shop” ditutup sempena mematuhi arahan PKP, terpaksalah mengambil tindakan sendiri.

Aduh lihatlah hasilnya apabila yang bukan pakar, memandai-mandai menggubah gaya rambut sendiri.

Kalau diri sendiri tak mengapa juga. Tapi kalau diubah gaya pada orang lain, tak ke kes naya! ????

Apa-apalah encik suami.

Janji happy ya!

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments