Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAGelagat Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin sentiasa mencuit hati netizen

Gelagat Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin sentiasa mencuit hati netizen

Pasti ramai yang kenal malah meminati pasangan suami isteri yang juga pelakon terkenal Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin.

Bagi para pengikut laman media pasangan dua sejoli ini memang sudah sedia maklum perangai ‘masuk air’ dan selamba suami isteri ini.

Menerusi perkongsian di Youtube channel mereka, pasangan ini tidak lokek menjamu mata peminat pemandangan beberapa bahagian di dalam kediaman mereka.

Selain seronok bercerita tentang dekorasi dan hasil seni tangan yang dihasilkan, pasangan ini turut berkongsi rancangan pengubahsuaian rumah diidamkan.

Namun apa yang menarik perhatian netizen ialah cara mereka ketika ingin mempertontonkan ruang-ruang dalam kawasan rumah, terlihat lagak seperti orang ‘have-have’!

Ada aksi kelakar mereka ketika mahu menunjukkan kolam renang, diberikan gambaran sangat menarik dan mewah.

Namun sebaliknya hanya kolam renang ‘instant’ sahaja yang ada di bahagian parkir rumah.

Memang lawak dan sempoi habis mereka ini! 😂

Dalam masa yang sama, Shaheizy Sam juga berkongsi rezeki dengan menghadiahkan buah tangan buat peminat yang selama ini menyokong dan mengikuti perkembangannya.

Stay cool ya! ✌🏻

– THE MALAYA POST –

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments